Monday, 8 December 2014

Di mana aku Di dunia ini

Posted by Unknown at 17:43
aku dari dulu sampai sekarang bodoh GEOGRAFI.
bodoh geografi ye kawan-kawan. ini bukanlah rekaan semata-mata. aku bab-bab kedudukan tempat nih memang paling low la nak dikatakan. tapi kebodohan ini tidaklah gua paparkan untuk mereka diluar sana gelakkan aku ye. pandai cover bodoh katekan.
ini semua kisah benar. suatu hari pada masa lalu atau lebih specific 2006 dulu. masa tuhh aku baru darjah lima. masih innocent. tidak lagi dinodai oleh kerakusan hidup ini ye. tidak tercemar dengan politik yg sudah tercemar. memang aku kain putih laa tk perlu vanish ker aper. gituww.
tapi ke'innocent'an aku itu jugaklah yg membawa padah dalam hidup aku. dulu sekolah rendah aku kena belajar kajian tempatan dan kemahiran hidup selain belajar joget-joget ye semua. dan kajian tempatan lah subjek yg paling dibenci selepas pendidikan seni visual. aku paling kurang pon pandai la lukis sebijik rumah di tengah-tengah sawah yg dibelakangnya gunung-ganang manakala diatasnya matahari yg tersengih shellfish (kerang okeyy). bakat aku memang tak boleh dinafikan.
okayy dulu kami ada exam pertengahan tahun kot. tak silap aku la. dan aku paling malas study adalah subjek kt (kajian tempatan laa uols). mungkin aku hanya mahu kebodohan aku dijana. dan setelah cikgu kt aku berhempas pulas stay up untuk menanda kertas exam kami semua, tibalah hari mendapat result.
dan perkara pertama yg cikgu aku tanyakan adalah
"aokmer semua nihh orang pahang ker dok ?"
ye aku dan rakan-rakan aku semua adalah anak jati pahang. konon.
"mungkin kamu nihh alien migrasi di pahang ye"
"makhluk mana pulak yg tulis Cameron Highland sbg capital city pahang nihh. kita tepuk tangan sikit ye."
muka aku masa tuh mungkin dah hilang meninggalkan kepalanya saja. takpe aku masih gojes tanpa rupa. jangan bantah .
"ohhhhhh atiqah laa ketua alien tuu yee. hmm padan laa."
dan sejak itulah aku digelar budak stroberi. ini lols hahh.
tapi rakan-rakan aku pon tidak kurang alien nya.
manusia sekarang pon apa kurangnya. datang ke pahang hanya utk ke Genting Highland. mungkin bagi mereka pahang hanyalah pusat judi semata-mata. aduh ! ini memang tidak bertanggungjawab betul ye kawan-kawan. Pahang ponn tidak kurang power jugak ye. aku promote jap, bercutilah di Pahang Darul kacak .tak rugi. (kalau uols tak berjudi lah).
kebangangan geografi aku diteruskan lagi dan selalu diperlekehkan oleh abang kesayangan aku yer. bagus abang aku.
''adik, UK nihh negara apa ?"
dengan selambanya aku menjawab Uzbekistan.
sejak tu jugaklah family aku tidak akan pernah melawat United Kingdom. takut mungkin aku menjatuhkan maruah negara mereka mungkin. aii said mungkin ye.
tapi aku bukanlah bangang mana ye, geografi aku A okayy pmr dlu. kajian tempatan waktu aku darjah enam pon A ye semua. mungkin aku dah insaf dan bertekad mnjadi pelajar cemerlang gemilang dan terbilang yg tidak hanya mengharap br1m dan baucer buku se Malaysia. Kah !

tapi dalam ke'blur'ran aku dalam geografi nihh. aku still tahu mana kedudukan hidup aku. mungkin aku tktahu negara apa yg paling banyak mengahsilkan minyak, bahan mentah, kemudahan teknologi dan yg paling power sekali menghasilkan roket dan bom utk dihantar ke negara lain ye, (rakus) tapi aku tahu aku patut ada kat mana dalam hidup nih. at least kalau abang aku tanya mana kedudukan hidup aku, boleh laa jugak aku jawab. aku tahu mana nak sembah. aku tahu Kaabah tuhh kat mana letaknya. Tuhan tuhh kat mana kedudukannya. At Least aku tahu itu.


0 comments:

Post a Comment

 

damchu ^^ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea